Penaja

Khamis, 15 Ogos 2013

Tekanan @ Stress

najwasohaimi.blogspot.com
Salam untuk semua..

Kejap benar masa berlalu.. Hari ini dah masuk hari kelapan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita berpuasa Ramadhan.. Lama betul rasanya tak update blog nie.. Nak kata sibuk beraya tu takdelah sangat.. Hari nie ingat nak cerita sikit pasal tekanan @ stress.. Sekarang nie mesti ramai yang stres punyakan.. Maklumlah lepas raya niekan.. Macam-macam jenis stress.. Cara dan teknik kita hadapi stress tu perlulah betul.. Jangan lepaskan stress kita pada orang lain terutamanya orang yang tersayang.. Kang lain jadinya.. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun ada keluarkan kajian yang mengatakan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia mengalami tekanan mental @ stress.. 

Antara Punca Tekanan @ Stress ialah seperti berikut :
  • masalah kewangan/ekonomi/hutang
  • tekanan akibat menunggu lama
  • konflik rumahtangga/perkahwinan
  • mangsa buli
  • perasaan rendah diri yang keterlaluan
  • bebanan kerja
  • penyakit fizikal
  • kesesakan lalu lintas
  • persekitaran yang tidak selesa
  • tragedi yang menimpa (kemalangan/kematian)
Antara Gejala Stress yang boleh dikenalpasti adalah seperti berikut :
  • perasaan gelisah
  • risau yang keterlaluan
  • gangguan tidur
  • kurang tumpuan kerja
  • perasaan cepat marah
Untuk mengurangkan tekanan @ stress, amalkan 10B
  • bertenang
  • bernafas dengan dalam
  • berkata "Relakslah"
  • beribadat
  • bercakap dengan seseorang
  • berurut
  • berehat dan mendengar muzik
  • beriadah 
  • bersenam
  • berfikiran positif
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaat oleh kita bersama.. Semoga Semuanya Selamat.. 

Selasa, 6 Ogos 2013

Tips Balik Kampung Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri

Esok adalah hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan ini.. Tentu sahaja ramai sahabat-sahabat telah pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta.. Bagi yang belum pulang serta merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, berikut adalah serba sedikit Tips Balik Kampung berdasarkan bacaan serta pengalaman-pengalaman lalu untuk perkongsian bersama :

Sebelum Perjalanan
  • Pastikan kenderaan dalam kondisi dan keadaan yang baik serta berada di tahap keselamatan yang sempurna (tayar, minyak, enjin, brek, klac dan sebagainya)..
  • Pastikan segala keperluan dan kelengkapan yang akan dibawa balik ke kampung cukup dan lengkap (baju raya, kelengkapan hiasan, alat solek, kelengkapan kebersihan diri, baju-baju berkaitan dan sebagainya)..
  • Pastikan anda memaklumkan kepada jiran tetangga atau pihak berkuasa (PDRM) tentang tempoh ketiadaan anda di rumah.. Kalau boleh bagilah nombor telefon pada jiran agar jiran dapat memaklumkan kepada kita apa-apa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah..
  • Pastikan anda mematikan segala suis elektrik serta paip air dan saluran gas sebelum anda meninggalkan rumah..
  • Pastikan sampah seperti sisa makanan atau sampah-sampah lain dibuang sebelum meninggalkan rumah..
  • Pastikan pintu serta tingkap dikunci serta ditutup dengan sempurna..
  • Pastikan anda terutamanya pemandu berada dalam kondisi yang baik kerana perjalanan yang jauh memerlukan fokus yang berterusan untuk sampai ke destinasi (Ingatlah orang yang tersayang)
  • Sentiasa memaklumkan kepada keluarga supaya keluarga tidak risaukan anda.. (Telefon atau mesej maklumkan keluarga anda)
  • Berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan anda dipermudahkan serta diberikan keselamatan sepanjang perjalanan anda pulang berhari raya di kampung.. Doa menaiki kenderaan seperti berikut :
http://kasihkalbu.blogspot.com/
kasihkalbu.blogspot.com/
Semasa Perjalanan
  • Pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang serta tidak terburu-buru memandu kenderaan anda pulang ke kampung.. (Ingat pengguna lain juga)
  • Pastikan anda sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan (had laju, lampu isyarat, laluan kecemasan dan sebagainya)..
  • Berehat sebentar di Hentian R&R atau stesen minyak berdekatan jika anda terlalu mengantuk dan penat (pengalaman lalu di mana suami hampir melanggar pembahagi jalan serta bawa dalam keadaan terhuyung-hayang - Membahaya tu)..
  • Jika anda terasa tidak selesa (rasa nak terkucil atau nak buang air besar), berhentilah di kawasan R&R berdekatan untuk mengurangkan ketidakselesaan tersebut..
  • Jika dalam perjalanan tersebut melibatkan waktu solat, pastikan kita menunaikan kewajipan tersebut kepadaNYA..
  • Sentiasa memaklumkan keluarga anda tentang perjalanan anda (telefon atau mesej)..
  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya perjalanan anda dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi yang dituju.. 
Selepas Perjalanan (Bila Sampai)
  • Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita sampai ke destinasi dengan selamat serta segala urusan perjalanan ke kampung dipermudahkan olehNYA..
  • Bersalaman dengan kedua ibubapa, adik beradik serta saudara mara..
Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan perjalanan kita pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga tercinta.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..

KL Gangster 2 Official Trailer 2013


Filem KL Gangster 2 akan ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013 akan datang. Kalau tengok trailer rasmi cite dia boleh tahan jugak la.. So just nak kongsikan trailer rasmi KL Gangster 2.. Apa-apa pun, apa yang baik kita ambik manakala yang buruk tu jauhkanlah.. Semoga semuanya selamat..  

Isnin, 5 Ogos 2013

Jadual Waktu Perjalanan PLUS Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam untuk semua..

Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.. Lepas nie bulan Syawal yang bakal menjelma.. Mesti ramai yang dah balik kampung niekan.. Apa-apapun sentiasalah berhati-hati di mana sahaja anda berada.. Bagi yang bakal balik kampung, rancanglah perjalanan anda dengan sebaiknya.. Insya Allah anda akan selamat tiba ke destinasi anda.. Mudah-mudahan Ops Selamat tahun nie selamatlah untuk semua..

Berikut adalah Jadual Waktu Perjalanan PLUS Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013 ini..

Klik pada jadual untuk imej yang lebih jelas'...

Ahad, 4 Ogos 2013

Senyum.. Senyum.. Senyum..

Pagi nie ingat nak tulis pasal senyum la.. Orang kita sekarang nie berat betul nak senyum.. Mungkin senyuman tu mahal kot walaupun ianya sebenarnya mudah je pun.. Ingat lagi masa pergi satu mall kat KL, tanya kat orang kat kaunter pendaftaran pasal tempat je kot.. Tapi muka sikit pun tak senyum.. Nak tanya pun hilang mood macam nie.. Apa-apa pun tetap bersangka baik.. Padahal banyak lagu pasal senyuman tu.. Kempen Senyum pun dah biasa buat tapi macam kurang berjaya jer.. Mungkin ada masanya kita perlu serius dan ada masanya kita boleh senyum.. Teringat pulak lagu pasal senyum.. Antaranya lagu Senyum dari Raihan, Dato' M.Daud Kilau (Cek Mek Molek) ngan Malique & Najwa (Senyum - Tak Perlu Kata Apa-Apa dan yang mesti ada yang masih ingat pasal lirik lagu nie kan.. 


Senyum Seindah Suria..
Yang Membawa Cahaya..
Senyumlah Dari Hati.. 
Duniamu Berseri..

Senyum Umpama Impian..
Dalam Kehidupan..
Kau Tersenyum.. Ku Tersenyum..
Kemesraan Mengumtum..

Senyum.. Kepada Semua..
Senyumanmu.. Amatlah Berharga..
Senyum.. Membahagiakan..
Dengan Senyuman.. Terjalinlah Ikatan...

Senyum itu mudah tapi kita yang menyusahkan... Senyum.. Senyum.. Senyum..

Iklan Raya Aidilfitri TM 2013


Iklan Raya TM 2013 adalah antara iklan raya yang simple tapi ada mesej yang disampaikan.. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga mempunyai penyertian yang meluas.. Dengan penamat iklan tulis "Raikan Syawal dengan Kesederhanaan dan Keinsafan" iklan nie memang terbaik.. Apa-apa pun jom kita layan Iklan Raya TM 2013.. Salam Aidilfitri untuk semua...  

Filem "The Conjuring"


Hari Sabtu semalam aku ngan suami berkesempatan menonton wayang kat TGV Mines cerita The Conjuring yang mana ianya diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1970-an. Teruja pulak tengok cerita nie sebab tengok kat twitter ramai twett kata cerita nie memang bagus.. Jadi aku pun tengok kt YouTube dia punya thriller dan memang menarik.. So apa lagi ajak la suami pegi tengok citer nie.. Asalnya nak bawak adik-adik tengok sekali tapi citer nie untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.. 


Filem arahan James Wan (berasal dari Sarawak) nie mengisahkan sepasang suami isteri iaitu Ed dan Lorraine Warren (lakonan Patrick Wilson & Vera Farmiga) yang terlibat dengan penyiasatan paranormal membantu keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah ladang di mana keluarga ini mengalami pelbagai peristiwa yang menyeramkan.. Seram memang seram tapi macamana pun dalam seram-seram ada jugak unsur-unsur humor dalam citer nie.. Bagi yang belum tengok lagi, filem nie antara filem terbaik la yang boleh kita nonton kat wayang..

Jumaat, 2 Ogos 2013

Iklan Raya Maxis 2013




Iklan raya Maxis nie boleh tahan jugak.. Kadang-kadang dalam dunia yang serba teknologi nie, gajet menjadikan hubungan serta ikatan persaudaraan tu kurang mesra.. Mana taknya 24 jam sibuk dengan gajet je sampai lupa ramah mesra ngan keluarga.. Apa-apa pun untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nie rapatkanlah kembali hubungan Silaturrahim antara keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan umat Islam..

Empat Buruk Empat Lebih Buruk

mselim3.blogspot.com 
Salam Jumaat penghulu segala hari.. Alhamdullillah syukur kita kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.. Hari ini dah memasuki hari ke 24 bulan Ramadhan 1434H.. Di hari baik dan bulan baik ini, izinkan saya berkongsi serba sedikit 4 Buruk 4 Lebih Buruk :
  1. Perbuatan dosa oleh orang muda itu buruk, tapi perbuatan dosa oleh orang tua iti lebih buruk;
  2. Kesibukan urusan dunia semata-mata oleh orang jahil itu buruk, tapi kesibukan urusan dunia oleh orang alim itu lebih buruk;
  3. Malas beribadat oleh orang awam itu buruk, tapi malas beribadah oleh ulama itu lebih buruk; dan
  4. Kesombongan orang kaya itu buruk, tapi kesombongan orang miskin itu lebih buruk.
Sekadar perkongsian untuk kita semua.. Sekian.. Maafkan saya jika saya melakukan kekhilafan.. 

Khamis, 1 Ogos 2013

Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut dalam Kemalangan

Terkejut jugak dengar berita pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33 tahun terkorban dalam kemalangan jam 3 pagi tadi.. Satu lagi kehilangan permata sukan negara selepas Ahad lepas pemain bola keranjang mati mengejut sebab serangan sakit jantung kt China..

Kalau tak silaplah, Chua Boon Huat nie adalah antara pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam Hoki Piala Asia 2013 hujung bulan nie.. Kehilangan beliau pastinya sangat dirasai oleh semua terutamanya keluarga beliau serta arena sukan tanah air..

Takziah untuk keluarga Chua Boon Huat dan arena sukan negara.. 

Rabu, 31 Julai 2013

Iklan Nuffnang

Betul ke iklan nuffnang nie bagi ganjaran kepada blogger2 yang menggunakannya sebagai medium pengiklanan? Search punya search kt google banyak juga artikel blogger-blogger yang hebat cerita pasal iklan nuffnang nie.. So tak salahlah kalau aku pun nak mencuba jugak.. 

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar akaun nuffnang :
  1. Mula-mula buka dan daftar kt laman web nuffnang di www.nuffnang.com.my
  2. Isi maklumat-maklumat yang tertera kat borang pendaftaran nuffnang dan bila daf siap isikan maklumat tekan hantar..
  3. Pastu pihak nuffnang akan hantar pengaktifan akaun kat email kita..
  4. Klik pautan tu kemudian log in akaun nuffnang kita..
  5. Pastu ada soal selidik ringkas yang diperlukan untuk kita penuhi..
  6. Lengkapkan semuanya kemudian kita add blog kita kat nuffnang..
  7. Lepas tu kita boleh pilih kat mana kita nak letak iklan nuffnang kt blog kita..
  8. Nuffnang akan bagi kod html untuk setiap paparan iklan pastu kita copy dan paste kt blog kita.. 
  9. Kalau ikut tips yang diberikan oleh blogger-blogger hebat nie, gunakan ketiga-tiga jenis banner kt blog kita.
Itu sajalah untuk kali ini.. Sekarang nie pun masih blajar lagi nak cantikkan blog ini.. Hope langjah-langkah nie dapat la membantu blogger-blogger baru yang masih merangkak macam aku nie.. Terima kasih..

Selasa, 30 Julai 2013

First Time Ber"Blogging"

Assalamualaikum.. 

Hari ini dah 21 Ramadhan 1434H dah.. Macam tak percaya kita dah meraikan kedatangan bulan yang penuh keberkatan nie 21 hari dah.. Tak lama lagi nak sambut Aidilfitri.. Hari ini 30 Julai 2013 tercatat sejarah peribadiku.. Aku dah ada blog tu.. Nielah kali pertama akau cuba untuk buat blog.. Aku pun tak tahu macamana nak mula tapi aku cuba.. At least biar mencuba dari kita tak tahu apa-apa. Blog ini sekadar catatan untuk tatapan. Apa-apa pun Selamat Datang ke blog sayalahfarah.. Terima kasih..

Sekian.. Coretan pertamaku kali ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja