Iklan Raya TM 2013 adalah antara iklan raya yang simple tapi ada mesej yang disampaikan.. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga mempunyai penyertian yang meluas.. Dengan penamat iklan tulis "Raikan Syawal dengan Kesederhanaan dan Keinsafan" iklan nie memang terbaik.. Apa-apa pun jom kita layan Iklan Raya TM 2013.. Salam Aidilfitri untuk semua...
Penaja
Ahad, 4 Ogos 2013
Filem "The Conjuring"
Hari Sabtu semalam aku ngan suami berkesempatan menonton wayang kat TGV Mines cerita The Conjuring yang mana ianya diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1970-an. Teruja pulak tengok cerita nie sebab tengok kat twitter ramai twett kata cerita nie memang bagus.. Jadi aku pun tengok kt YouTube dia punya thriller dan memang menarik.. So apa lagi ajak la suami pegi tengok citer nie.. Asalnya nak bawak adik-adik tengok sekali tapi citer nie untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja..
Filem arahan James Wan (berasal dari Sarawak) nie mengisahkan sepasang suami isteri iaitu Ed dan Lorraine Warren (lakonan Patrick Wilson & Vera Farmiga) yang terlibat dengan penyiasatan paranormal membantu keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah ladang di mana keluarga ini mengalami pelbagai peristiwa yang menyeramkan.. Seram memang seram tapi macamana pun dalam seram-seram ada jugak unsur-unsur humor dalam citer nie.. Bagi yang belum tengok lagi, filem nie antara filem terbaik la yang boleh kita nonton kat wayang..
Jumaat, 2 Ogos 2013
Iklan Raya Maxis 2013
.jpg)
Iklan raya Maxis nie boleh tahan jugak.. Kadang-kadang dalam dunia yang serba teknologi nie, gajet menjadikan hubungan serta ikatan persaudaraan tu kurang mesra.. Mana taknya 24 jam sibuk dengan gajet je sampai lupa ramah mesra ngan keluarga.. Apa-apa pun untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nie rapatkanlah kembali hubungan Silaturrahim antara keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan umat Islam..
Empat Buruk Empat Lebih Buruk
![]() |
mselim3.blogspot.com |
Salam Jumaat penghulu segala hari.. Alhamdullillah syukur kita kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.. Hari ini dah memasuki hari ke 24 bulan Ramadhan 1434H.. Di hari baik dan bulan baik ini, izinkan saya berkongsi serba sedikit 4 Buruk 4 Lebih Buruk :
- Perbuatan dosa oleh orang muda itu buruk, tapi perbuatan dosa oleh orang tua iti lebih buruk;
- Kesibukan urusan dunia semata-mata oleh orang jahil itu buruk, tapi kesibukan urusan dunia oleh orang alim itu lebih buruk;
- Malas beribadat oleh orang awam itu buruk, tapi malas beribadah oleh ulama itu lebih buruk; dan
- Kesombongan orang kaya itu buruk, tapi kesombongan orang miskin itu lebih buruk.
Sekadar perkongsian untuk kita semua.. Sekian.. Maafkan saya jika saya melakukan kekhilafan..
Khamis, 1 Ogos 2013
Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut dalam Kemalangan
.jpg)
Kalau tak silaplah, Chua Boon Huat nie adalah antara pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam Hoki Piala Asia 2013 hujung bulan nie.. Kehilangan beliau pastinya sangat dirasai oleh semua terutamanya keluarga beliau serta arena sukan tanah air..
Takziah untuk keluarga Chua Boon Huat dan arena sukan negara..
Langgan:
Catatan (Atom)