Salam untuk semua..
Kejap benar masa berlalu.. Hari ini dah masuk hari kelapan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita berpuasa Ramadhan.. Lama betul rasanya tak update blog nie.. Nak kata sibuk beraya tu takdelah sangat.. Hari nie ingat nak cerita sikit pasal tekanan @ stress.. Sekarang nie mesti ramai yang stres punyakan.. Maklumlah lepas raya niekan.. Macam-macam jenis stress.. Cara dan teknik kita hadapi stress tu perlulah betul.. Jangan lepaskan stress kita pada orang lain terutamanya orang yang tersayang.. Kang lain jadinya.. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun ada keluarkan kajian yang mengatakan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia mengalami tekanan mental @ stress..
- masalah kewangan/ekonomi/hutang
- tekanan akibat menunggu lama
- konflik rumahtangga/perkahwinan
- mangsa buli
- perasaan rendah diri yang keterlaluan
- bebanan kerja
- penyakit fizikal
- kesesakan lalu lintas
- persekitaran yang tidak selesa
- tragedi yang menimpa (kemalangan/kematian)
Antara Gejala Stress yang boleh dikenalpasti adalah seperti berikut :
- perasaan gelisah
- risau yang keterlaluan
- gangguan tidur
- kurang tumpuan kerja
- perasaan cepat marah
Untuk mengurangkan tekanan @ stress, amalkan 10B
- bertenang
- bernafas dengan dalam
- berkata "Relakslah"
- beribadat
- bercakap dengan seseorang
- berurut
- berehat dan mendengar muzik
- beriadah
- bersenam
- berfikiran positif
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaat oleh kita bersama.. Semoga Semuanya Selamat..