Penaja

Selasa, 6 Ogos 2013

Tips Balik Kampung Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri

Esok adalah hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan ini.. Tentu sahaja ramai sahabat-sahabat telah pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta.. Bagi yang belum pulang serta merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, berikut adalah serba sedikit Tips Balik Kampung berdasarkan bacaan serta pengalaman-pengalaman lalu untuk perkongsian bersama :

Sebelum Perjalanan
  • Pastikan kenderaan dalam kondisi dan keadaan yang baik serta berada di tahap keselamatan yang sempurna (tayar, minyak, enjin, brek, klac dan sebagainya)..
  • Pastikan segala keperluan dan kelengkapan yang akan dibawa balik ke kampung cukup dan lengkap (baju raya, kelengkapan hiasan, alat solek, kelengkapan kebersihan diri, baju-baju berkaitan dan sebagainya)..
  • Pastikan anda memaklumkan kepada jiran tetangga atau pihak berkuasa (PDRM) tentang tempoh ketiadaan anda di rumah.. Kalau boleh bagilah nombor telefon pada jiran agar jiran dapat memaklumkan kepada kita apa-apa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah..
  • Pastikan anda mematikan segala suis elektrik serta paip air dan saluran gas sebelum anda meninggalkan rumah..
  • Pastikan sampah seperti sisa makanan atau sampah-sampah lain dibuang sebelum meninggalkan rumah..
  • Pastikan pintu serta tingkap dikunci serta ditutup dengan sempurna..
  • Pastikan anda terutamanya pemandu berada dalam kondisi yang baik kerana perjalanan yang jauh memerlukan fokus yang berterusan untuk sampai ke destinasi (Ingatlah orang yang tersayang)
  • Sentiasa memaklumkan kepada keluarga supaya keluarga tidak risaukan anda.. (Telefon atau mesej maklumkan keluarga anda)
  • Berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan anda dipermudahkan serta diberikan keselamatan sepanjang perjalanan anda pulang berhari raya di kampung.. Doa menaiki kenderaan seperti berikut :
http://kasihkalbu.blogspot.com/
kasihkalbu.blogspot.com/
Semasa Perjalanan
  • Pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang serta tidak terburu-buru memandu kenderaan anda pulang ke kampung.. (Ingat pengguna lain juga)
  • Pastikan anda sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan (had laju, lampu isyarat, laluan kecemasan dan sebagainya)..
  • Berehat sebentar di Hentian R&R atau stesen minyak berdekatan jika anda terlalu mengantuk dan penat (pengalaman lalu di mana suami hampir melanggar pembahagi jalan serta bawa dalam keadaan terhuyung-hayang - Membahaya tu)..
  • Jika anda terasa tidak selesa (rasa nak terkucil atau nak buang air besar), berhentilah di kawasan R&R berdekatan untuk mengurangkan ketidakselesaan tersebut..
  • Jika dalam perjalanan tersebut melibatkan waktu solat, pastikan kita menunaikan kewajipan tersebut kepadaNYA..
  • Sentiasa memaklumkan keluarga anda tentang perjalanan anda (telefon atau mesej)..
  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya perjalanan anda dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi yang dituju.. 
Selepas Perjalanan (Bila Sampai)
  • Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita sampai ke destinasi dengan selamat serta segala urusan perjalanan ke kampung dipermudahkan olehNYA..
  • Bersalaman dengan kedua ibubapa, adik beradik serta saudara mara..
Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan perjalanan kita pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga tercinta.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja